Friday 24 November 2017

Pengundi hantu

Isu pengundi hantu sentiasa bergema dalam setiap kali PRU dan PRK.  Maka, adakah isu itu kembali mencanak pada Pilihan Raya Umum Ke 14 nanti?

Isu pengundi hantu sebenarnya bukan baru. Setiap kali menjelang atau selepas pilihan raya, cerita pengundi hantu akan tersiar dengan meluas. Pada pilihan raya ke-11, cerita pengundi hantu betul-betul menyeramkan ramai rakyat Terengganu sehingga menyebabkan beribu-ribu penyokong Pas mengadakan tunjuk perasaan di depan Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

Kononnya mereka ternampak puluhan bas sedang mengangkut pergi pengundi hantu. Padahal bas yang mereka sangkakan membawa pengundi hantu itu adalah bas yang hendak menghantar peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pada pembangkang, mana-mana pengundi dari luar pulang mengundi, maka itu pengundi hantu.  Sedangkan hakikatnya, banyak pengundi pembangkang juga tinggal atau tidak lagi bermastautin dalam kawasan di mana mereka didaftarkan.

Fakta ini telah dimanipulasikan dan dipolitikkan sebagai ‘pengundi hantu’ iaitu suatu tafsiran yang amat mengelirukan. Istilah ‘pengundi hantu’ jika hendak digunakan hanya boleh ditafsirkan kepada pengundi yang tidak layak tetapi disenaraikan termasuk pengundi yang telah meninggal dunia, belum cukup umur dan kad pengenalan palsu.

Daftar Pemilih merupakan dokumen sah yang terpenting digunakan dalam sesuatu pilihan raya. Hanya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang telah mendaftar dan namanya tersenarai di dalam Daftar Pemilih boleh mengundi di dalam sesuatu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil untuk Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, SPR memberi penekanan khusus untuk menentukan bahawa butir-butir seseorang pemilih seperti nombor kad pengenalan, ejaan nama, jantina, bangsa, agama, alamat dan penentuan lokaliti di dalam Daftar Pemilih adalah tepat. Ini merupakan suatu usaha SPR untuk mewujudkan Daftar Pemilih yang kemas dan terkini.

No comments:

Post a Comment