Thursday 25 April 2024

KUPANG TERDAMPAR DI PANTAI

 
Kupang atau juga dikenali siput sudu merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Kupang boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai. Kupang juga ditemui di kawasan pasang surut di pinggir laut.
 
Biarpun kupang boleh ditemui sepanjang masa, namun ada musim-musim tertentu yang boleh ditemui dengan banyaknya di sesuatu kawasan seperti tepi pantai. Pada waktu itu kupang mudah ditemui terdampar di gigi air pantai akibat dihanyutkan arus air pasang.
 
Fenomina kupang terdampar di pantai turut disertai hidupan laut lain seperti lala, kepah, mentarang dan kerang bulu juga berlaku disebabkan perubahan cuaca.
 
Kejadian itu menjadi rezeki kepada penduduk tepi pantai, bahkan kepada mereka yang sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan hidupan laut itu untuk dijadikan menu masakan mengikut cita rasa masing-masing.
 
Kupang sesuai dimasak lemak bersama serai, digoreng sambal tumis, masak merah, dibakar dan sebagainya.